Monday, December 21, 2009

Gelagat Pagi Di Kolej Ungku Omar....

"Cepat-cepat!"jerit Cikgu Rasyid kpd bebudk yg lmbat untuk brkumpul di court badminton...
"Baiklah semua ahli dah ade?"tanya Cikgu Rasyid..."Ade,Cikgu!"jerit ketua kumpulan(antaranye aku hihihi)...
"Baiklah seperti biase...laporan pagi?"tnye lagi..."Tandas rosak cikgu!"kata seorg budk..."Bilik kene serang monyet cikgu!"kata seorg budk len lg...Smpai la..."Cikgu makanan tak sedap..Hari-hari ikan goreng!"kata seorg peserta kaum India iaitu Kalitha!...
"hei ko ni...brsyukur je la...redha.."kata bebudk MP3...
"yela2"kata Kalitha....
"Baik, kalau dah tak ade ape-ape, kite grak..."kata Ckgu Rasyid..
"Kerkkhhh....Encik Nazir msuk..Encik Nazir masuk.....kerkhhh.."kata Cikgu Rasyid menggunekan walkie-talkie...."
"Kerkkhh...Encik Rasyid jalankan berite..kerkhh"jwb Cikgu Nazir..."KUO sedia untuk gerak...kerkhhh.."jawab Cikgu Rasyid...
"Semua dah ade?!"tanye lagi..."Dah, Cikgu!"jawab kami...
Bermulalah prjalanan peserta PERMATApintar dr KUO ke Fakulti Pendidikan....
mengharungi pelbagai rintangan...mendaki bukit...melayan lagu jiwang yg dipasang oleh Cikgu Rina...arhhh..

Sunday, December 20, 2009

Bebudak Kelas MP3 PPCS 2009....!!!

Instructor: Cikgu Syarafuddin Sulaiman
T.A: Cik Farah Binti Hussan Sahib
R.A:a) Cik Nurul Zainap Bte Ramli
b) Cikgu Azlan
Budak-budak kelas MP3!!
1)Junaid (naid)
2)Aiman Hazwan (wan-je)
3)Gabriel (gab)
4)Izzuddin (din)
5)Goh Jing Yi (Jing Yi)
6)Shafiqah (Ika)
7)Adirah (Dirah)
8)Aalyaa (Alya)
9)Marini (Rini)
10)Nur Dini (Dini)
11)Khairunnisa' (Nisa)
12)Wong Jia Shing (Jia Shing)
13) Teo Miou Jing (Miou Jing)
14)Izzatul (Zatul)
15) Nur Sri Dewi (Dewi)
----Semoga kite dapat berjumpa lagi tahun depan---

Saturday, December 19, 2009

Program Perkhemahan Cuti Sekolah...

Setiap manusia pasti ada pengalaman yang sangat menyeronokkan dalam hidupnya.Kat sini aku nak cerite pasal pengalaman aku menyertai Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), PERMATApintar NEGARA kat UKM...


Pertama sekali, bagi pelajar yang nak menyertai kem ni kenelah melalui dua ujian..Ujian pertama; Ujian PERMATApintar UKM 1..Ujian kedua; Ujian PERMATApintar UKM 2..


Lepas tu, pihak sekolah akan dimaklumkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang pelajar sekolah layak menyertai Kem tu...


Beralih kepada kem pula...PPCS pada tahun 2009 adalah yang pertama dijalankan..Aku rasa bangga sangat sebab kami adalah perintis bagi Program PERMATApintar Negara ni...


Perkhemahan ni telah dilngsungkan di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 29 November hingga 18 Disember 2009..Pertama sekali, peserta akan diambil di JPN setiap negeri pada 29 November..Kemudian pelajar sekolah rendah menginap di Kolej Burhanudin Helmi manakala pelajar sekolah menengah menginap di Kolej Ungku Omar..


Hari pertama, pelajar dibahagikan kepada kelas msing-masing..Antara kelas tersebut adalah:

Sekolah rendah

1)Be A Scientist
2)Penulisan Imaginasi
3)Pengenalan Kepada Robotik
4)Penaklukan Mantik
5)Crafting The Essay(12 thn)
Sekolah Menengah
1)Reka Cipta
2)Mengarang Penulisan
3)Kriptologi
4)Biologi
5)Bio-teknologi
Peserta tingkatan 1 telah dimasukkan ke kursus Mengarang Penulisan terdiri daripada 3 kelas:
MP2, MP3, MP4
Aku dimasukkan ke kelas MP3...Bunyi macam iPod pun ade kan..hahah..
Instruktor kelas MP3 ialah Encik Syarafuddin B. Sulaiman (daddy kami), Teaching Assistant Cik Farah Bte Hussan Sahib (mummy) dan Residential Assistant kami Cik Nurul Zainap Bte Ramli (Mak Nap) turut dibantu oleh Encik Azlan (ayah) manakala guru silat kami Encik Roslan...
Setiap kelas mengandungi 15 pelajar. Kelas aku mula-mula 15 orang tiba-tiba datang seorang jadi 16..Selepas seminggu seorang dari kelas aku tarik diri sebab 'home sick'..T.A kami agak kecewa kerana di kelas kami nampak ceria..rupanya ada udang di sebalik batu...
Jadi tinggalah 15 orang balik..10 puteri 5 putera...
Ketua kelasnya siapa lagi akulah Junaid...Penolong Gabriel...Tugas aku sangat berat nak meng'handle' budak-budak kelas yang paling happening kat kem ni...
Di sini kami diajar oleh Cikgu Din (seorang editor dan penulis buku) tentang Sudut Pandang Pertama dan Ketiga, cara mengembangkan isi, 7 cara untuk memulakan Pendahuluan, mencari ritma melalui lagu, membuat puisi dan pantun sendiri...
Minggu terakhir kami belajar mengedit karangan kami, mencari kesalahan dalam karangan dan membetulkan kesilapan dalam karangan..
Pada setiap petang kami ada aktiviti kesenian dan kelas kami dimasukkan ke dalam Seni Gayung Fatani..Cikgu Roslan mengajar kami Bunga Silat tahap ke-3 dan asas buah pukulan dan tendangan..Aktiviti ini bertujuan untuk menghilangkan rasa stres di dalam kelas dan ia ditontonkan kepada Datin Sri Rosmah Mansor masa Majlis Meraih Kejayaan Pelajar pada 12.12.2009..
Setiap hujung minggu kami ada lawatan keluar kampus dan aktiviti ko-kurikulum..
dan juga lawatan ibu bapa dari pukul 3 ptg hingga 6 ptg...
Akhir sekali, pada tanggal 18 Disember 2009, semua peserta terpaksa berpisah dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia...
Menitislah air mata dari mata peserta mahupun T.A dan R.A.. Tiga minggu bersama akhirnya terpisah jua...
KEPADA BEBUDAK MP3, SEMOGA KITE BERJUMPA LAGI TAON DEPAN!
So..sampai situ jelah nak tulis..Kalau ikutkan banyak lagi cume nanti korg sume x nak bace...Panjang sangat dah...
Aku juga menyeru kepada kanak-kanak pintar di Malaysia untuk menyertai program PERMATApintar ni ye!
(komen la...xyah malu2)