Setiap manusia pasti ada pengalaman yang sangat menyeronokkan dalam hidupnya.Kat sini aku nak cerite pasal pengalaman aku menyertai Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), PERMATApintar NEGARA kat UKM...
Pertama sekali, bagi pelajar yang nak menyertai kem ni kenelah melalui dua ujian..Ujian pertama; Ujian PERMATApintar UKM 1..Ujian kedua; Ujian PERMATApintar UKM 2..
Lepas tu, pihak sekolah akan dimaklumkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang pelajar sekolah layak menyertai Kem tu...
Beralih kepada kem pula...PPCS pada tahun 2009 adalah yang pertama dijalankan..Aku rasa bangga sangat sebab kami adalah perintis bagi Program PERMATApintar Negara ni...
Perkhemahan ni telah dilngsungkan di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 29 November hingga 18 Disember 2009..Pertama sekali, peserta akan diambil di JPN setiap negeri pada 29 November..Kemudian pelajar sekolah rendah menginap di Kolej Burhanudin Helmi manakala pelajar sekolah menengah menginap di Kolej Ungku Omar..
Hari pertama, pelajar dibahagikan kepada kelas msing-masing..Antara kelas tersebut adalah:
Sekolah rendah
1)Be A Scientist
2)Penulisan Imaginasi
2)Penulisan Imaginasi
3)Pengenalan Kepada Robotik
4)Penaklukan Mantik
5)Crafting The Essay(12 thn)
Sekolah Menengah
1)Reka Cipta
2)Mengarang Penulisan
3)Kriptologi
4)Biologi
5)Bio-teknologi
Peserta tingkatan 1 telah dimasukkan ke kursus Mengarang Penulisan terdiri daripada 3 kelas:
MP2, MP3, MP4
Aku dimasukkan ke kelas MP3...Bunyi macam iPod pun ade kan..hahah..
Instruktor kelas MP3 ialah Encik Syarafuddin B. Sulaiman (daddy kami), Teaching Assistant Cik Farah Bte Hussan Sahib (mummy) dan Residential Assistant kami Cik Nurul Zainap Bte Ramli (Mak Nap) turut dibantu oleh Encik Azlan (ayah) manakala guru silat kami Encik Roslan...
Setiap kelas mengandungi 15 pelajar. Kelas aku mula-mula 15 orang tiba-tiba datang seorang jadi 16..Selepas seminggu seorang dari kelas aku tarik diri sebab 'home sick'..T.A kami agak kecewa kerana di kelas kami nampak ceria..rupanya ada udang di sebalik batu...
Jadi tinggalah 15 orang balik..10 puteri 5 putera...
Ketua kelasnya siapa lagi akulah Junaid...Penolong Gabriel...Tugas aku sangat berat nak meng'handle' budak-budak kelas yang paling happening kat kem ni...
Ketua kelasnya siapa lagi akulah Junaid...Penolong Gabriel...Tugas aku sangat berat nak meng'handle' budak-budak kelas yang paling happening kat kem ni...
Di sini kami diajar oleh Cikgu Din (seorang editor dan penulis buku) tentang Sudut Pandang Pertama dan Ketiga, cara mengembangkan isi, 7 cara untuk memulakan Pendahuluan, mencari ritma melalui lagu, membuat puisi dan pantun sendiri...
Minggu terakhir kami belajar mengedit karangan kami, mencari kesalahan dalam karangan dan membetulkan kesilapan dalam karangan..
Pada setiap petang kami ada aktiviti kesenian dan kelas kami dimasukkan ke dalam Seni Gayung Fatani..Cikgu Roslan mengajar kami Bunga Silat tahap ke-3 dan asas buah pukulan dan tendangan..Aktiviti ini bertujuan untuk menghilangkan rasa stres di dalam kelas dan ia ditontonkan kepada Datin Sri Rosmah Mansor masa Majlis Meraih Kejayaan Pelajar pada 12.12.2009..
Setiap hujung minggu kami ada lawatan keluar kampus dan aktiviti ko-kurikulum..
dan juga lawatan ibu bapa dari pukul 3 ptg hingga 6 ptg...
Akhir sekali, pada tanggal 18 Disember 2009, semua peserta terpaksa berpisah dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia...
Menitislah air mata dari mata peserta mahupun T.A dan R.A.. Tiga minggu bersama akhirnya terpisah jua...
KEPADA BEBUDAK MP3, SEMOGA KITE BERJUMPA LAGI TAON DEPAN!
So..sampai situ jelah nak tulis..Kalau ikutkan banyak lagi cume nanti korg sume x nak bace...Panjang sangat dah...
Aku juga menyeru kepada kanak-kanak pintar di Malaysia untuk menyertai program PERMATApintar ni ye!
(komen la...xyah malu2)
ingat aq selalu!!!
ReplyDeletebtol3!
ReplyDelete